Latest News

Amyra Rosli Tergelak Baca Komen Kecaman


Melangkah ke alam sosial media umpama menjejak kaki di dalam dunia yang bakal dipenuhi tohmahan dengan setiap apa anda lakukan sekali pun. Hanya yang kuat menghadap kecaman saja akan bertahan. Baru baru ini, giliran Amyra Rosli pula jadi mangsa kecaman kerana memasak sambil tengok laptop saja pun.

Menurut Amyra seperti dipetik dari portal Media Hiburan, perkara tersebut dilakukan demi menjayakan kempen syarikat komputer tersebut.

“Saya diminta untuk memasak sambil mencari resipi di Internet menggunakan laptop itu. Jujur, semuanya telah disediakan oleh mereka, jadi saya hanya menjalankan tugas. Nama pun bekerja, jadi mahu atau tak saya perlu ikut supaya mereka berpuas hati”

“Saya sendiri pun tak gila nak buat semua itu. Bila saya baca semua komen itu, saya mampu gelak saja. Saya malas nak layan kerana mereka (netizen) tak tahu apa yang saya buat,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Amyra menjelaskan dia belum lagi hamil. Pastinya peminat tidak sabar sabar mendengar khabar gembira tersebut apatah lagi menantikan kehadiran cahaya mata pasangan ini. Sabar ya peminat setia semua.