Latest News

Fasha Sandha Dianiaya Fauzi Nawawi, Rambut Dipotong Pendek

Fasha Sandha Dianiaya Fauzi Nawawi

Rambut Fasha Sandha telah dipotong pendek oleh aktor Fauzi Nawawi dengan niat menganiaya pelakon wanita tersebut.

Bagaimanapun tindakan Fauzi tidak dihalang Fasha demi menjayakan watak sebagai Tisha dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Badang.

Fasha dalam satu kenyataan memberitahu, dia terpaksa melakukan pengorbanan itu kerana ia babak penting filem Badang.

"Babak ini menunjukkan Tisha yang juga isteri kepada Badang telah dianiaya oleh abangnya Tai dilakonkan oleh Fauzi Nawawi.

"Tisha telah didera dengan kejam oleh abangnya dengan memukul, merentap dan menggunting sebahagian besar rambutnya. Kekejaman itu terserlah apabila perlakuan itu ditonjolkan," katanya.

Tambah Fasha lagi, Tisha sepatutnya didera sehingga rambutnya dibotakkan namun, bagi menghormati sensitiviti dia membatalkan hasrat tersebut.

"Pernah seorang pelakon wanita membotakkan kepala untuk menjayakan wataknya dalam sebuah filem dan perkara tersebut telah menjadi isu.

"Disebabkan perkara tersebut membuatkan saya mahupun pihak produksi filem Badang memikirkan rambut panjang saya dipotong pendek sudah memadai," katanya.

Bagaimanapun Fasha menafikan berasa menyesal mahupun terkilan memotong pendek rambutnya seperti lelaki gara-gara mahu menjayakan watak.

"Sewaktu menerima tawaran untuk menjayakan filem ini lagi saya sedar akan pengorbanan besar yang harus dilakukan. Sebagai pelakon saya perlu komited dengan apa yang harus dilalui watak dijayakan.

"Saya tidak kisah apabila terpaksa melakukan pengorbanan ini asalkan watak dijayakan nampak benar-benar hidup dan penonton yakin dengan lakonan diberikan apabila mereka menonton Badang di pawagam nanti," katanya.

Selain Fasha, turut membintangi filem yang diarahkan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen pengasas produk kecantikan Datuk Aliff Syukri, Fauzi Nawawi dan Fareez Fauzi. (astrogempak)

Di bawah merupakan imej terbaru Fasha selepas rambutnya dipotong Fauzi:

nampak lebih seksi rambutnya pendek