Latest News

Foto Neelofa Duduk Bersebelahan RMS Jadi Perhatian Netizen


Umum mengetahui Neelofa sudah pun mengakui beliau kini berkawan rapat dengan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baru-baru ini foto Neelofa duduk bersebelahan Tengku Amir dalam sebuah majlis amal mula tersebar di media sosial. Dipercayai foto itu dirakam ketika bulan Disember tahun lalu.
Foto yang dikongsi oleh individu bernama Effie Amron itu menjadi perhatian ramai. Rata-rata netizen seakan “merestui” hubungan Neelofa dan Tengku Amir.  Siapa ada hashtag #Lofamir lagi. Kedua-duanya tampak sama cantik dan sama padan dan ada yang mendoakan agar hubungan mereka mungkin boleh ke fasa yang lebih serius selepas ini.
Neelofa duduk bersebelahan Tengku Amir

Mungkinkah fenomena Lofattah akan berlalu dan kini diganti dengan Lofamir pula? Apa-apa pun, kami tetap doakan yang terbaik buat Neelofa.