Latest News

Foto Siti Nurhaliza jumpa Imam Besar Masjid Al-Aqsa

Bukan sahaja impian menjejakkan kaki ke Masjid Al-Aqsa, Palestin tercapai, bahkan penyanyin Datuk Siti Nurhaliza juga berkesempatan bertemu dengan individu penting masjid bersejarah bagi umat Islam itu.
Siti Nurhaliza jumpa Imam Besar Masjid Al-Aqsa

Penyanyi nombor satu negara itu memuat naik sekeping gambar beliau bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa besama Imam besar masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam.


“Alhamdulillah, bersama Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Yusof.


“Syukur dan bertuah sekali kerana kunjungan kami dipermudahkan Allah,” kata Siti Nurhaliza beserta foto yang dimuat naik dalam laman Instagram peribadinya.


Siti Nurhaliza ke Palestin bersama dengan suami dan keluarga mentua tiba kira-kira pukul 12 tengah hari (waktu tempatan) semalam. (utusan online)