Izreen Azminda: Tak Menjadi Masalah Untuk Terima Suami Orang Sebagai Jodoh

Setelah lebih dua tahun bergelar janda dan dihimpit dengan pelbagai kontroversi percintaan, pelakon Izreen Azminda mengakui  pintu hatinya sudah terbuka untuk mendirikan rumah tangga lagi dan beliau turut mendedahkan sedang mengenali hati budi seorang lelaki.

Walaubagaimanapun buat masa ini Izreen masih lagi belum bersedia untuk bercerita lebih lanjut mengenai hubungan mereka dan siapakah gerangan lelaki tersebut. Namun, Izreen menjelaskan lelaki tersebut tidak terlibat didalam industri hiburan tanah air.

Sekarang memang saya tengah berkenalan dengan seseorang, namun selagi belum ada apa-apa kata  putus, saya tak akan membuka mulut mengenainya. Saya tak mahu dipanggil wanita syok sendiri yang sibuk bercerita nak kahwin, tapi akhirnya tak jadi.

Sekarang bukanlah masanya untuk saya uar-uarkan siapa sebenarnya dia. Tapi yang pasti dia bukan pelakon atau penyanyi…dia hanya orang biasa yang ada kerjaya. Saya perlukan lelaki yang berikan saya inspirasi dan ada beberapa perkara yang dilakukannya membuatkan saya teruja untuk mengenalinya lebih dekat.

Ditanya sama ada beliau turut terbuka untuk didekati oleh lelaki berstatus suami orang, Izreen berkata beliau tidak menolak jika itu adalah takdir jodohnya.
Izreen Azminda bersama anak

Saya tak tolak jodoh saya dengan sesiapa pun, kalau dia mampu jaga saya okay lah.
Tak menjadi masalah untuk terima suami orang sebagai jodoh. Kahwin dengan orang bujang pun bukan jaminan kebahagiaan.
Izreen Azminda cantik

Izreen pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Riza Baharudin pada 2012. Mereka kemudiannya bercerai pada tahun 2014.  Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 4 tahun. (mstar)

loading...