Kerana Saiz Badan Fasha Sandha, 2 Jenama Bergaduh Besar

Wow. Terkejut Abang Nara mendengar desas-desus yang sedang bertiup kencang ini. Mana tidaknya, satu sumber memaklumkan kepada Abang Nara yang 2 jenama sedang bergaduh besar kerana Fasha Sandha. 2 jenama ini ialah Xema Su dan juga Solifit, minuman yang dapat menguruskan badan. Kedua-duanya seolah-olah berperang kerana saiz badan Fasha Sandha yang kurus!!! Fuh, pertama kali dalam sejarah hidup Abang Nara mendengar perkara seperti ini berlaku.
jadi artis kenalah kurus supaya sentiasa tampil meletop macam Fasha Sandha kan?
Menurut sumber informasi ini, pemilik Xema Su telah beberapa kali melahirkan rasa kurang senang apabila Fasha Sandha datang untuk “fitting” baju “catsuit” untuk filem Badang. Sudah 3 kali “fitting”, badan Fasha bertambah kurus sehinggakan baju rekaan Xema Su terpaksa diubah beberapa kali. Kemuncaknya, Fasha telah dimarahi di butik Xema Su di hadapan khalayak ramai kerana perkara yang sama berterusan. Untuk makluman, Xema Su adalah sponsor untuk “catsuit” Fasha Sandha dalam filem superhero Badang.
makin kurus makin cantik si Fasha Sandha nie
Sementara itu pemilik Solifit sudah tentu bergembira dengan kekurusan Fasha Sandha kerana ia membuktikan minumannya itu berkesan untuk mengurangkan berat badan.Kerana konflik ini, pemilik kedua-dua jenama ini bermasam muka sehingga menyebabkan Fasha Sandha di dalam dilema.

Enggan membiarkan diri ini berteka-teki, Abang Nara telah mem”Whatsapp” Fasha Sandha untuk mengetahui kebenaran desas-desus ini. Iyerlah, secara logiknya, takkanlah sebab kurus sangat boleh menimbulkan pergaduhan sebegini antara Xema Su dan Solifit? Rupa-rupanya Fasha memang benar-benar di dalam dilema, lebih-lebih lagi selepas ditegur oleh pemilik Xema Su di hadapan jurukamera, tukang solek dan juga pembantu peribadinya kerana terlalu kurus. Tulis Fasha.

Sorry Abang saya lambat reply. Saya busy shooting filem Badang. Please keep this between us. Saya tak dimarahi pun. Saya cuma ditegur sebab saya kurus. Saya amat kecil hati sebab saya ditegur di depan orang ramai.
Pemilik Xema Su stress sebab baju kena alter banyak kali dalam masa sebulan. Akibatnya Xema Su termarah saya di butik. Namun begitu saya telah memohon maaf kerana menyusahkan pihak Xema Su.
Abang nara tengok ok je, bukan macam tengkorak. Badan yang cantik utk ibu yg ada 2 anak
Susah jugak jadi artis ini kan? Lebih-lebih lagi jika anda menjadi duta kepada banyak produk seperti Fasha Sandha. Boleh menimbulkan permasalahan apabila ada percanggahan. Bagi Abang Nara, pihak Xema Su haruslah bertolak ansur dalam bab ini. Fasha Sandha nak kurus ke, nak gemuk ke, itu adalah hak dia sebagai manusia biasa. Tak gitu?
patutlah cepat je Fasha kurus, minum Solifit rupanya. Terbongkar sudah rahsia
Walaupun Fasha meminta agar perkara ini di “off record” kan, Abang Nara tak peduli sebab Abang Nara rasa ia wajar dikongsi. Secara jujurnya, Abang Nara rasa pelik bin ajaib sungguh mendengar perkara ini. Namun inilah asam garam dunia artis. Kurus sangat pun salah, gemuk sangat pun salah. Nasib baiklah Fasha bijak kerana mengetahui hak-haknya seperti yang tertera di dalam kontrak. Apa-apa pun Fasha, anda tetap nampak kebabom meletop di dalam setiap pasang baju Xema Su. Dan sekarang Abang Nara dah tahu rahsia Fasha begitu kurus iaitu dengan meminum Solifit. Confirm Abang Nara akan belikan minuman Solifit untuk isteri tercinta agar nampak cun melecun macam Fasha.

loading...