Netizen Kecam Buku Fattah Amin Kerana Mahal Dan Penuh Foto Selfie

buku fattah amiin

Sejak kebelakangan ini, nama Fattah Amin melonjak naik gara-gara drama Suri Hati Mr Pilot dan kisah cintanya bersama Neelofa. Selepas itu, beliau menghangatkan lagi fenonema Lofattah apabila melancarkan single Wanita Terakhir yang ditujukan buat Neelofa. Pergh, memang semakin hari semakin ramai jumlah peminat Fattah.

Tidak mahu mensia-siakan peluang dan populariti yang ada, Fattah baru-baru ini telah melancarkan sebuah buku dengan tajuk 99 Kata-Kata Fattah Amin pula.
Difahamkan, buku tersebut mengandungi kata-kata daripada Fattah sejak beliau menceburi bidang seni dan bertujuan untuk peminatnya mendapatkan inspirasi daripada buku berkenaan.

Walaubagaimanapun, buku berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan majoriti daripada mereka mengecam bahawa buku Fattah itu agak mahal harganya dan hanya penuh dengan foto selfie Fattah bersama ayat-ayat yang tidak mempunyai makna yang mendalam.
Berikut antar komen netizen

Berikut antar komen netizen:





Apa pula pendapat anda?

loading...