Latest News

Isu Bakal Bercerai Dengan Adi Putra: Aida Yusof Masih Berdiam Diri

Hari Ahad lepas, kita dikejutkan dengan berita panas berkaitan penceraian Adi Putra bersama isteri pertamanya, Aida Yusof. Sehingga saat kami menulis artikel ini, isu ini masih hangat diperkatakan dan dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Pelbagai spekulasi juga mula timbul mengenai rumah tangga mereka.

Walaubagaimanapun, baik Adi mahupun Aida, kedua-duanya mengambil keputusan untuk berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan. Namun, Aida menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik kapsyen yang  mengatakan dirinya difitnah.

Fitnah ialah niat, kata-kata dan tindakan jahat seseorang yang didorong oleh nafsu dan perasaan dengki terhadap orang lain yang tak bersalah. Fitnah biasanya disebarkan dengan menggunakan kata-kata manis dan helah yang bijak sehingga orang-orang yang mendengarnya menyangka perkara-perkara yang diperkatakannya itu benar.

Apa pun masalah Aida dan Adi, kami harap mereka berdua tidak terlalu mudah berputus asa mempertahankan rumah tangga yang dibina. Akan ada dugaan daripada pelbagai pihak untuk meruntuhkan kebahagiaan didalam perkahwinan tetapi cubalah untuk menyelesaikan setiap perkara dengan cara yang baik. (utusan online)