Latest News

Lana Nodin: Suami Saya Bukan Seorang Yang Kurang Ajar Dan Pembuli Jalan Raya

Pelakon Lana Nodin menafikan suaminya, Daud McKienzie seorang pemandu kurang ajar dan pembuli jalan raya seperti yang disiarkan menerusi artikel dan rakaman video di laman web Singapore Stomp.

Menurut Lana, pemandu Singapura berkenaan enggan mengakui kesalahannya walaupun Daud sudah cuba untuk berbincang secara baik. Malah, pemandu yang mendakwa Daud kurang ajar itu juga menolak ajakkan Daud untuk menyelesaikan masalah mereka di balai polis berdekatan.

Lana juga memberitahu, terdapat kesan calar pada bahagian tepi sebelah pemandu di kereta jenis Toyota Alphard miliknya.

Suami saya pada awalnya cuba bersabar dan bercakap secara baik tetapi lelaki itu tetap tak nak mengaku kesalahannya malah tidak meminta maaf pun. Suami saya mengajak lelaki itu membuat laporan di balai polis berdekatan tempat kejadian, namun dia menolak.

Kalau betul dia tak salah, kenapa takut nak buat laporan? Malah saya pelik kenapa pula dia nak memuat naik video. Suami saya bukan jenis baran tetapi kejadian itu betul-betul membuatkannya marah. Selepas kejadian itu saya menasihati suami agar membuat laporan polis tetapi dia menolak.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan, Daud ada mengeluarkan beberapa perkataan kesat terhadap menunjukkan jari tengah ketika masuk ke dalam kereta sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura.

Sekarang kita sudah dengar penjelasan daripada Lana. Apa-apa pun, mungkin kedua-dua pihak ada silap mereka sendiri.  Sejujurnya, pada kami mungkin lebih baik untuk bersabar dan menunggu giliran anda walau sesak macam mana pun sekali keadaannya di jalan raya.