Latest News

Ameera Khan: I Hope I Don’t Grow Up To Be A Whore Like You & Your Sisters

Ameera Khan
Nampaknya kontroversi antara Aliff Aziz, Bella Astillah dan Afifah Nasir semakin hari semakin panas dengan semakin banyak pendapat diutarakan di laman sosial. Masing-masing ingin bersuara dan memberikan pandangan mereka. Terbaru, adik kepada pelakon popular Neelofa iaitu Ameera Khan turut sama menghangatkan lagi keadaan dengan “tweet”nya yang cukup pedas dan penuh sindiran.

Segalanya bermula apabila seorang pengguna Twitter telah memaklumkan yang dia lebih rela melihat Afifah Nasir berbanding Ameera Khan kerana Ameera adalah replika kakaknya, Neelofa. Tidak berpuas hati dengan kata-kata tersebut, Ameera menjawab sekurang-kurangnya dirinya bukanlah seorang “kaki kikis” dan penipu.

Keadaan menjadi lebih panas apabila satu akaun Twitter menggunakan nama @AfifahNasir93 (tidak diketahui sama ada ini akaun sebenar Afifah atau akaun palsu) yang menyuruh Ameera membuat kerja sekolahnya kerana masih berusia 15 tahun. Namun jawapan Ameera selepas itu memang akan membuatkan sesiapa membacanya terbakar panas!!

“Saya harap saya tidak akan membesar menjadi pelacur seperti kamu dan juga kakak-kakak kamu”. Pergh. Itulah tulis Ameera Khan yang mendapat sokongan padu pengguna Twitter. Memang pedas sungguh. Apa kata anda?